Wajah ayah terbayang di mata. Insan yang tak kenal jerih payah dalam hidupnya. Siang malam bekerja, gambaran buat aku yang sepertinya. Anak ayah :) Cuma..ayah lebih rajin, dan aku lebih malasnya..hehe
Usia ayah jejak 56 tahun. Aku masih belajar. Terpampang betapa ayah perlu masih bekerja untuk menyara kami semua. Untung angah adikku, sudah bekerja. Tinggal aku dan adik bongsu aja diulit buku.
Perkara paling menarik tentang ayah ialah kata-kata yang bisa menghibur rasa. Buat aku ketawa :)
Hikam ayah lebih mulus. Saat berkata, analoginya merimbun. Mudah nak difahami. Mungkin terpalit sedikit pada anaknya yang sulung ni. Keras kepala pun ada samanya :)
..biar ayah tak berpelajaran tinggi.
Suatu petang tika aku duduk di simpang jalan bersam ayah yang sedang mengemas rimbun pohonnya..
"Bila balik kampung lagi?"
"Tak taulah yah. Abg Zali kawen 7hb ek?"
"Ha'ah. Angah balik 4hb nanti"
"Ouh" - Terbayang anak tunggal lelaki dalam keluarga kami. Senyum. Sambung..
"Along mungkin ada program nanti" - Ayah angguk perlahan.
"Ayah suka dengan program tu. Mak kau je yang tak berapa nak faham - aku terpana sebentar.
Sambung..
"Ayah tahu program tu ada kaitnya dengan apa yang Along belajar. Apa tu..
"Psikologi yah.." - sambutku.
"Hah, psikologi. Tulah, dalam program memang tempat nak praktikkan ilmu. Along belajar tentang manusia, kan? Hah, itu cuma teori. Kat program kendian boleh diamalkan. Turun pergi sekolah, tengok-tengokkan budak yang dah banyak yang rosak sekarang ni. Dengan ilmu lah kita boleh bantu mereka yang memerlukan kita"
"Erm.." - aku senyum.
Ayah sambung lagi..
"Lagipun, kita tahu macam mana nak tackle diorang sebab kita tahu tentang manusia ni"
"Iya..itu lah yang Along sedang usahakan yah" - Bersinar mata mendengar pendapat ayah.
"Ayah sokong je. Yang penting Along jangan lupa belajar sungguh-sungguh. Skill, kemahiran dan aktiviti memang penting juga, bukan belajar je. Itu boleh membantu bila kerja nanti.."
Aku pandang ayah.
"Mekasih ayah sebab faham minat Along
"Erm. Yelah. Sungguh pun ayah tak sekolah tinggi..ayah tahu tu semua.."
Petang tu serasa lapang dada ini. Tak terlihat dari tindak tanduknya, namun ayah menyokong aku rupanya. Dia malas nak berdebat dengan mak yang agak meragui apa yang aku lakukan di sini @ sibuk berprogram :)
Tau, mak bukan mahu menghalang, cuma dia lebih nampak buruk perkara untuk lebih berjaga-jaga. Ayah lebih optimis :)
Itulah istimewanya ayah. Lebih banyak menyokong kami. Duduklah sendiri dengan ayah, dan dengar dia bercerita tentang hidup. Aku tak lepaskan telinga. Benar kata-kata ayah.
Aku seorang Along yang gemar bercerita dan kongsi pengalaman. Dulu, tak juga. Ialah, sape je nak dengar dalam keluarga. Mungkin sebab aku 'jauh' sikit dari teratak hidup yang biasa-biasa.
Makin dewasa begini, ada baiknya jika aku ceriakan segala dengan pengalaman aku..bersama keluarga sendiri. Biar mereka tahu apa yang aku lakukan di sini. Mafhum, level permikiran ada banyak jenisnya. Di sini adanya ujian untuk aku hadapi, "bagaimana nak guna ilmu komunikasi yang lebih berkesan" :)
..salah cara, bisa kena 'khutbah' free. Salah cakap abislah hujah..hehe :)
Akhirul kalam, moga umur ayah dipanjangkan dan dipenuhi dengan segala amalan yang terpuji di sisi Robbul 'alamin. Along sayang ayah :)
Biar ayah berbangga dengan anak-anaknya. Ameen.
2 comments:
:)
pasti menitis air mata ayah bila dia baca entri ni :)
ermmm....mari sayangi ayah2 kita :)
Post a Comment